Latar Belakang

PENGENALAN

Tanaman Makanan merupakan salah satu  sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang berorientasikan amali serta berteraskan teknologi di samping memberi penekanan kepada daya produktiviti secara praktis kepada murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian khususnya tanaman makanan. Mata pelajaran ini adalah lanjutan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan bagi mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam bidang pertanian untuk peningkatan daya pengeluaran negara disamping membekalkan tenaga kerja yang mahir yang berpengetahuan dalam bidang teknotani.Melalui mata pelajaran ini murid boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge. Murid perlu menjalankan amali mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan bahan dan alatan, tapak dan kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Mereka juga mengaplikasi teknologi dalam tanaman makanan di kawasan berstruktur dan kawasan terbuka untuk menghasilkan pelbagai produk tanaman untuk tujuan komersial. Dengan penguasaan kemahiran ini, murid berkebolehan mengusahakan ladang mini buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Tanaman Makanan adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan produktif dalam pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di dalam industri pengeluaran makanan.

OBJEKTIF

Kurikulum Tanaman Makanan adalah untuk membolehkan murid mengusahakan penanaman tanaman makanan, mempraktikkan kemahiran dalam bidang penanaman tanaman makanan serta pengendalian lepas tuai, menghasilkan produk dari hasil tanaman untuk pemasaran, memilih dan menentukan tanaman yang paling sesuai diusahakan, mengaplikasi teknologi yang efisien dalam tanaman makanan, mengamalkan pengurusan ladang yang paling cekap dan menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkesan. 

KANDUNGAN SUKATAN

Mata pelajaran Tanaman Makanan diolah dalam tujuh bidang pembelajaran, iaitu :

1.        Pengurusan Ladang

Membolehkan pelajar   mempelajari pengurusan ladang dari segi kos, simpan rekod  dan analisis rekod ladang dalam bidang usaha tanaman yang dijalankan. Mereka juga akan dibimbing dalam menyediakan belanjawan sesuatu usaha tanaman.

2.        Tanaman Buah-buahan

Mendedahkan kepada pelajar kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi penanaman buah-buahan yang meliputi aspek penyediaan tanah,  bahan tanaman, pembajaan, sistem kawalan perosak,   pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod diladang.

3.      Tanaman Sayur-sayuran

Mendedahkan kepada pelajar kemahiran penanaman sayur-sayuran menggunakan   teknologi yang efisien seperti struktur pelindung hujan,kalis serangga, fertigasi dan pengairan renjis.

4.      Tanaman Herba dan Ulam

Mendedahkan kepada pelajar   kaedah menanam herba dan          ulam merangkumi penanaman, pengurusan, penanaman,, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod di samping mempertingkatkan kesedaran    pelajar mengenai khasiat yang terdapat pada herba dan ulam.

5.      Tanaman Cendawan

Pelajar didedakan kepada teknik dalam pengeluaran cendawan  secara komersial yang mana  meliputi penyediaan alatan dan bahan, penjagaan, pengurusan tanaman, pegendalian lepas tuai   dan penyimpanan rekod.

6.      Pengeluaran Tauge

Pelajar didedahkan kepada teknik pengeluaran tauge secara komersial. Aspek yang dipelajari termasuk penghasilan tauge, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod.

 7.   Pemprosesan Hasil Buah-Buahan dan Sayuran

Mendedahkan pelajar kepada teknik menghasilkan sos cili dan kerepek pisang bersira. Pelajar turut diperkenalkan dengan kaedah pembungkusan, melabel produk dan mencari pasaran bagi produk yang dihasilkan.

8.   Pengurusan dan Keusahawanan

Mendedahkan pelajar kepada kemahiran berkomunikasi, melayan pelanggan,  membuat keputusan  serta perancangan perniagaan yang sesuai. Mereka juga akan didedahkan dengan agensi yang boleh membantu usahawan dan peluang kerjaya dalam bidang pertanian

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: