Posted by: zaifulshuhada | October 27, 2009

Pertanian Mesra Bumi

PES PENGHALAU SERANGGA

Kali ini saya ingin berkongsi kaedah menghasilkan pes penghalau serangga perosak menggunakan bahan yang selamat dan mesra alam.  Pes serangga ini selamat digunakan ke atas tanaman sayuran dan tidak meninggalkan kesan toksik ke atas sayuran yang ditanam.

Bahan-Bahan 

  1. penghalau serangganBawang putih 500 gm
  2. Halia 250 gm
  3. Cili merah 250 gm

Cara Penyediaan 

Kisar bawang putih, halia dan cili merah. Campurkan adunan ini di dalam bekas. Perah dan tapis untuk mendapatkan pes cair bahan tadi.

Sukatan Dan Cara Menggunakan

Campurkan 300 ml pes cair dengan 10 liter air. Semburkan pada tanaman 2 kali seminggu.

Nota: Untuk tanaman sayuran berbuah seperti cili, timun, terung dan sebagainya tidak digalakkan menyembur pes ini ketika peringkat berbunga kerana dibimbangi mengganggu proses pendebungaan.

Selamat mencuba!

Posted by: zaifulshuhada | October 19, 2009

Taman Herba Warisan Votek

PIC_0057

Taman Herba Warisan VOTEK yang telah dirancangkan dan diilhamkan oleh Puan Noor Shuhada Nurul Akla selaku Guru Kanan Bidang Vokasional Teknik akhirnya berjaya direalisasikan pada bulan Ogos 2009 yang lalu dengan kerjasama semua warga sPIC_0053ekolah SMK. Ulu Bernam terutamanya guru-guru dari bidang vokasional dan teknik serta kakitangan sekolah dan para pelajar dari tingkatan 4 MPV dan 5 MPV. Projek taman herba ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Di Taman Herba Warisan Votek ini terdapat lebih daripada 60 jenis herba. Antaranya adalah seperti misai kucing, tongkat ali, mengkudu, kaduk, temu lawak, tunjuk langit, lempoyang, mas cotek, batang wali, pudina, temu pauh dan sebagainya. Terdapat 3 fasa dalam pembinaan taman herba ini. Fasa pertama ialah mengenal pasti lokasi dan melukis plan lakaran.plan taman herba Setelah mendapat kelulusan daripada pihak sekolah barulah kerja-kerja pemilihan herba dan penyediaan kawasan penanaman. Herba yang hendak dipilih mestilah sesuai dengan kawasan taman. Fasa kedua  memperbaiki struktur tanah, dimana tapak yang telah dipilih diperbaiki dengan menambah baja organik (baja tahi ayam atau tahi lembu yang diproses), pengapuran (jika tanah terlalu berasid) dan digemburkan supaya tanaman herba yang hendak ditanam sentiasa subur. Fasa ketiga adalah penanaman  beberapa jenis herba dan pembinaan ‘hardscape’ atau landskap kejur seperti pergola, pangkin, slap refleksologi, kerusi simen fero dan papan tandPIC_0051a. Beberapa perubahan susun atur dilakukan disaat-saat akhir namun 90% adalah masih mengikut plan asal yang telah dirancangkan. Pembinaan Taman Herba Warisan VOTEK ini adalah selaras dengan harapan pihak sekolah untuk mewujudkan “Sekolah Dalam Pusat Sumber”. Taman Herba Warisan ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar dalam mengenali jenis-jenis herba dan khasiatnya yang telah sekian lama digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Kini warga SMKUB boleh berbangga kerana telah mempunyai taman herba sendiri, semoga taman herba ini memberi manfaat kepada semua. Kepada semua yang membantu merealisasikan Taman Herba Warisan VOTEK ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Posted by: zaifulshuhada | October 9, 2009

Alhamdulillah…..

Bersyukur kepada Allah… setelah bertungkus lumus akhirnya lahirlah sebuah blog yang tak seberapanya ini…semoga blog MPV Tanaman Makanan ini memberi manfaat kepada sesiapa yang melawatinya. Kepada semua yang terlibat di dalam penghasilan blog ini saya ucapkan terima kasih…. bersama berkongsi maklumat..

Categories