Posted by: zaifulshuhada | October 19, 2009

Taman Herba Warisan Votek

PIC_0057

Taman Herba Warisan VOTEK yang telah dirancangkan dan diilhamkan oleh Puan Noor Shuhada Nurul Akla selaku Guru Kanan Bidang Vokasional Teknik akhirnya berjaya direalisasikan pada bulan Ogos 2009 yang lalu dengan kerjasama semua warga sPIC_0053ekolah SMK. Ulu Bernam terutamanya guru-guru dari bidang vokasional dan teknik serta kakitangan sekolah dan para pelajar dari tingkatan 4 MPV dan 5 MPV. Projek taman herba ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Di Taman Herba Warisan Votek ini terdapat lebih daripada 60 jenis herba. Antaranya adalah seperti misai kucing, tongkat ali, mengkudu, kaduk, temu lawak, tunjuk langit, lempoyang, mas cotek, batang wali, pudina, temu pauh dan sebagainya. Terdapat 3 fasa dalam pembinaan taman herba ini. Fasa pertama ialah mengenal pasti lokasi dan melukis plan lakaran.plan taman herba Setelah mendapat kelulusan daripada pihak sekolah barulah kerja-kerja pemilihan herba dan penyediaan kawasan penanaman. Herba yang hendak dipilih mestilah sesuai dengan kawasan taman. Fasa kedua  memperbaiki struktur tanah, dimana tapak yang telah dipilih diperbaiki dengan menambah baja organik (baja tahi ayam atau tahi lembu yang diproses), pengapuran (jika tanah terlalu berasid) dan digemburkan supaya tanaman herba yang hendak ditanam sentiasa subur. Fasa ketiga adalah penanaman  beberapa jenis herba dan pembinaan ‘hardscape’ atau landskap kejur seperti pergola, pangkin, slap refleksologi, kerusi simen fero dan papan tandPIC_0051a. Beberapa perubahan susun atur dilakukan disaat-saat akhir namun 90% adalah masih mengikut plan asal yang telah dirancangkan. Pembinaan Taman Herba Warisan VOTEK ini adalah selaras dengan harapan pihak sekolah untuk mewujudkan “Sekolah Dalam Pusat Sumber”. Taman Herba Warisan ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar dalam mengenali jenis-jenis herba dan khasiatnya yang telah sekian lama digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Kini warga SMKUB boleh berbangga kerana telah mempunyai taman herba sendiri, semoga taman herba ini memberi manfaat kepada semua. Kepada semua yang membantu merealisasikan Taman Herba Warisan VOTEK ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih.


Responses

  1. ok la 2……len kali wat la tanaman len lak.tak boring ke asyik tanam herba je..tau la herba 2 baek tok kesihatan

  2. salam tuan rumah,
    dah nama taman herba, jadi pokok2 herbalah cik fizah.. (eh eh kita plk yg menjawab, jgn mare..)

    sekolah kami baru nak buat taman herba. sekolah kami tu kecil saja dan kwsn sgtlah sempit. info di atas sgt berguna utk kami. terima kasih.
    pengetua kami cadangkan supaya diselangseli dgn pokok2 bunga jugak..jadi dua dlm satu la..sbb budak2 skrg pokok puding pun tak kenal..jadi kenalah tanam dan perkenalkan.. itu pokok ada dlm sukatan khb..

  3. Bagus tu cikgu wan salmah, betul tu dengan cara membuat taman herba ini pelajar dapat melihat sendiri jenis-jenis herba yang ditanam dan bukan sahaja melalui buku atau internet.. teruskan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: